cuteblog

MY FRENZ

Sunday, June 23, 2013

AISKRIM GORENG yang kantoi..!!

gara-gara bosan...gini la jadinya..
lepas belek-belek toturial nak buat aiskrim goreng dalam youtube..
ala..senang baitu...apa lagi..bergegas le gi kedai beli bahan-bahan..
sangat simple...
roti gardenia, aiskrim dan gelas
hahaha..itu saja..
mandangkan ni saja nak testing...cikAzy pun beli aiskrim yang harga RM 1.30 ni je..
dan..aiskrim ni mesti beku secukupnya...baru la menjadi..

cedok le aiskrim tu letak atas roti dan letakkan sekeping lagi roti diatasnya




ambil cawan  yang agak-agak muat untuk sekeping roti tu..so nanti takde la membazir kan...kata orang ngam-ngam je..pastu tekan kuat dan pusing-pusingkan supaya dapat bentuk bulat tu..


sampai dapat hasil cam ni...tomey tak???? hehehe

untuk dapatkan tekstur yang best..simpan dalam peti es dalam 2-3 jam..pastu baru goreng

ginilah hasilnya...tapi..tapi..tapi....
untuk pengetahuan uolls semua...percubaan pertama ni tak berapa menjadi...
tau tak kenapa??? sebab aiskrim tu mencair...huhu..kalu makan memang tangkap leleh...
nah..sampai jilat siku..ayakkkk...

pada perkiraan cikAzy, aiskrim tu kena betul-betul beku (keras) time kita scoop dia tu...
supaya nanti time kita gigit tu...rangup diluar..sejukkkk didalam...still dapat rasa ada ketulan aiskrim tu
walaupun dah digoreng dgn minyak panas...

so, lepas ni akan test untuk kali kedua..
dan harus dipastikan bahawa...AISKRIM TU BETUL2 BEKU...

* so sad sebab percubaan tak menjadi...
nasib baik buat 4 biji je.....






Friday, May 31, 2013

LAUK AYAM ~JAWA STYLE~

cikAzy pening lah nk apa nk buat dgn ayam ni...kadang habis idea dh nk masak apa..
huhuhu...kadang kalau mood tu tak berapa nk padu..goreng cenggitu je..
semalam beli rencah MAGGI yang MAGIC tu..saja nak try masak pagi tadi..
maklum le kalu ekspress ni mmg mudah sikit.. masukkan ayam dalam plastik yg dia sediakan..tambah bawang besar yg dipotong bulat..dah terus masukkan dalam periuk bersama nasi yg nk ditanak tu..
mandangkan nasik dh siap masak..lauk tu cikAzy boh dalam periuk kukus je..
tak sempat nk rasa sebb dh lambat nk gi keje...
hari ni JUMAAT, so time rehat lama sikit..boleh le encik suami santap pas balik solat Jumaat..
tapi encik suami kata bau rempah tu masak bau telo pindang tu..xhabis pun dia makan..

beli kat MYDIN RTC GOPENG..kebetulan singgah opis member jap


so masakan kali ni bukan menjadi fav...so tgh ligat cari idea nak masak apa ayam nih..
alih-alih kakakku RAMNAH SALLEH bagi idea suruh masak AYAM UNGKEP..
dengan sepantas kilat terus gugel resepi. Kak Ramnah cakap ni masakan orang Jawa..senang,mudah dan tak jemu...yesssss..tagline tu memang menepati ciri2 style memasak yg cikAzy suka..
Menurut kak Ramnah, tak payah tumis pun takpe...terus masuk sekali dalam periuk..kurang kolestrol katanya..huhu..bagus jugak tu...apa salahnya ubah sikit cara masak..ye dak..
so kat sini cikAzy kongsikan resepi yang dicedok dari mamawandiha

AYAM UNGKEP
Bahan2 nya
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula n garam utk perasa
sedikit minyak masak


Bahan2 ditumbuk lumat
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah kecik
(jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau. Masukkan ayam & gaulkan. Tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa. Gaul sebati.
2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak. Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang. Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat. Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain.

Ni la hasil air tangan cikAzy masak AYAM UNGKEP ..kuah tak kering pun sebabnya ada masalah teknikal sikit..hehehe..terrrrmasam sikit sbb terlebih asam...tu yang tambah air tu...huhuhu


kali ni encik suami angkat ibu jari tanda suke..hohoho..misi berjaya!!!

Tuesday, May 28, 2013

KERUTUP CENCARU ALA-ALA

Salam...
adeh..rasanya dah lama blog cikAzy ni bersawang..tak teringat nak lalu menyinggah kat sini..
huhu..hari ni ada try 1 resepi pasal ikan jaket a.k.a cencaru. Sebenarnya nak try masak yang sempoi2 je..sebab mood tu tak berapa nak PADU bak kata Loque Versus. Round punya round jumpe la resepi Kerutup Ikan Ala Johor yang gunakan ikan cencaru dalam blog Mama Leen ni. Resepi pun simple je.

Ada lagi baki ikan cencaru semalam...dah selamat buat masak taucu...kali ni nak try kerutup pulak.
Kata cikLeen tu masakan kerutup ikan ni menjadi makanan pebret Tan Sri P.Ramlee. Macam lipas kudung cikAzy ngejekan lauk ni sementara nunggu encik suami balik keje..OT katanya.

Resepi cikAzy ikut macam Mama Leen punya yang diambil jugak dari blog Masam Manis. Mandangkan ada bahan yang tak cukup macam santan tu..makanya tak boleh le sebut masakan ni KERUTUP IKAN...tapi ala-ala je lah.. walaupun bahan tak cukup tapi misi mesti diteruskan..dan bila dah siap..ternyata memang sedapppp...huhu...sape nak try boleh la ye test skill masak.

KERUTUP IKAN ALA JOHOR

3 ekor ikan cencaru ~ ikan kembung, ikan parang, selar atau kerisi
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 inc halia ~ dikisar
1/2 inc kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inc lengkuas ~ dikisar
1 inc belacan ~ dikisar
2 batang serai ~ 1 kisar dan 1 batang lagi dititik
1/2 biji santan kelapa
2 sudu besar air asam jawa
1 kiub ikan bilis jika suka
Garam dan gula secukup rasa


Ikan dibersihkan
Gaul ikan dengan kunyit dan garam
Kemudian goreng hingga garing
Setelah garing angkat dan ketepikan
Minyak untuk mengorengkan ikan di keluarkan dari kuali dan tinggalkan sedikit anggaran 1 senduk untuk menumis.


Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum.
Masukkan serai yang telah dititik
Kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga ia garing dan pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
Jika kuah agak kering tambahkan sedikit air.
Tambahkan santan dan masak hingga merenih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Jika suka boleh tambahkan kiub ikan.
Bila kuah dan mesra barulah masukkan ikan
Masak lagi hingga kuah meresap ke dalam ikan.
Sedia dihidangkan.

ni la rupa paras kerutup ala-ala..yang nampaknya agak kontang sebab tak dibanjiri dengan santan..tapi siyus cakap..memang daaappp

Wednesday, August 8, 2012

test resepi PUDING KARAMEL

Semalam lepas balik dari Hospital Ipoh, singgah jap ke tapak pasar ramadhan Stadium Ipoh....raun punya raun, encik suami terliur pulok nengok puding karamel..huhuhu...sepotong RM1.70...beli la jugak sebab dah teringin kan...

Time berbuka tu habis dibalunnya sorang..ada la tinggal sikit kot buat rasa utk cikAzy ni...huhuhu..tak pelah..cikAzy bukanlah suka sangat....

Hari tu ada try buat tapi tak berapa menarik dan tertarik lah...pucat lesi macam tak cukup makan..hahaha
ni gula tak cukup hangus..!!!!!!!


hari ni dengan semangat berkobar-kobar, pesan kat encik suami utk beli bahan-bahan nak buat mende alah ni...senang je

untuk buat gula hangus:
1 cawan gula
1 cawan air panas.

cairkan gula atas api yang sederhana...agak2 dah cair tu masukkan le air panas dan kacau le sampai warna bertukar keperangan...tuangkan dalam loyang 

bahan pudingnya:

4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung kastad

caranya sangat le mudah (cikAzy pun pakai google je..hehehe)

telur tu kena blender sampai kembang, pastu masukkan le susu cair tu...dah agak mesra tambah le esen vanila dan tepung kastad tu...blender sampai sebati...tapiskan adunan tadi ke dalam loyang tadi...kukus lebih kurang 20 minit...senang je kan...


ni cantik sikit le mekapnya..hahahaha

PENUNGGU SETIA

pejam celik...pejam celik...dah masuk 4 tahun cikAzy kawen...sampai sekarang belum muncul lagi berita gumbira untuk dirai...
soalan pun dah macam-macam keluar...kadang sampai naik pekak pun ada...hanya berpegang pada kesabaran ajelah...itupun kadang sekejap je...time duduk sensorang...mula la terfikir dan terbayang...sob..sob...sob...

2tahun lepas (13/02/2010) tu ada jugak menziarah doktor kat PANTAI HOSPITAL, IPOH tu...mana tau kot-kot dia ada simpan khabar gumbira bagi pihak cikAzy ni..doktor nasihatkan untuk buat test sperm untuk encik suami...mana tau kot-kot pihak sebelah sana yang ada masalah...sebab dalam kes-kes cenggini, kebanyakan kata kaum isteri yang selalu ada masalah...

Sebenarnya banyak tempat jugak cikAzy gi, urut sana sini,makan itu ini..tapi sampai sekarang belum jugak berhasil..jadi nak try lah pulak rujuk pada yang pakar dan dengarkan apa kata survey..huhuhuhu...Bila dah rujuk dengan macam2 pakar dari pelbagai klinik ni barulah sekarang ni cikAzy bertindak dengan cara yang ala-ala profesional gitu...(bukan ape...gi banyak tempat ni sebab nak sedapkan hati..kot-kot lain-lain tempat tu boleh bagi jawapan yang boleh menghidupkan balik harapan tipis setipis kulit bawang ni...!! )

Maka bermulalah episod sebuah kehidupan dalam MENCARI PERMATA BERHARGA... kali pertama doktor sarankan encik suami jalani test sperm dan memang berdebar menanti keputusan....

Seminggu lepas tu doktor maklumkan hasil ujikaji didapati ZERO...!!! mean what?? ayyohh...berderau darah cikAzy...tapi kata doktor tu lagi..ini mungkin lab error...mungkin masa sample tu diambil,takde sperma kot yang termasuk..so untuk double kompem...kena buat sekali lagi....dan resultnya adalah....................0........
dengar je keputusan cenggitu, cikAzy pun tanye lah macam-macam soalan yang menghantui fikiran ni...yelah..bayangkan kalau dah takde..macam mana operasi MENCARI PERMATA ni nak berjaya...yedak??

Akhirnya doktor pun merujuk kes ni ke HOSPITAL BESAR IPOH dan cikAzy dan encik suami meneruskan pengembaraan ni dengan pakar Obstetrik & Ginekologi...dan hasil perbincangan dengan doktor kat sana, kami disarankan untuk menjalani ICSI

Memetik 1 artikle kat akhbar :: "Kaedah ini yang dipanggil suntikan sperma secara intracytoplasmic (ICSI) di mana ia lebih sesuai bagi lelaki yang tidak mengeluarkan banyak sperma hidup, melalui kaedah perubatan ini, kebiasaannya sperma suami akan di sedut keluar dari testis menggunakan satu alat atau diambil melalui pembedahan.

Sperma aktif tersebut kemudiannya di masukkan terus ke dalam ovum isteri selepas 'diramkan' selama 24 jam di mana akan membentuk beberapa embrio, bagaimanapun, sperma dan telur yang diambil daripada pasangan yang menerima rawatan itu juga boleh dibekukan terutamanya bagi mereka yang hanya mengeluarkan jumlah sperma yang sedikit.

 Mereka akan memilih sekitar tiga embrio untuk disuntik ke dalam rahim isteri bagi memberikannya lebih peratusan untuk hamil jika dua lagi embrio yang dipilih tidak hidup.

Melalui kaedah tersebut katanya, ia boleh membantu pasangan yang sukar mendapat anak.

cikAzy pun bukan paham sangat istilah-istilah perubatan ni, tapi menurut doktor hanya inilah satu-satunya kaedah yang dapat membantu cikAzy dan encik suami untuk mencapai impian murni ni...yang ni pun berdasarkan keputusan ujian darah yang diambil dari tubuh kecil encik suami ni, makanya ICSI adalah jalan terbaik...

cikAzy difahamkan kos rawatan hampir mencecah RM7k..tapi katanya kalau buat dekat Hopital Alor Setar hanyan sekitar RM4-5K...

cikAzy sangat berdebar menunggu tarikh 02.10.2012 ni sebab ia akan menentukan samada harapan yang tipis ini akan tercapai atau terkubur begitu saja...dan doktor tu sendiri cakap..jika tidak berjaya atau dalam bahasa kasarnya GAGAL..maka cikAzy disarankan mengambil anak angkat....huhuhu...berlinang air mata ni bila dikhabarkan cenggitu...encik suami punya riak wajah pun semacam otromen dikalahkan raksasa...

Tapi walau macam mana pun cikAzy tetap akan terima apa juga yang telah ditakdirkan untuk kami...hanya bertawakal ajelah..semoga Allah memberikan yang terbaik buat kami....

ok..nanti cikAzy akan update hasil operation tersebut ye..

Monday, July 30, 2012

AYAM GORENG KUNYIT

Selamat berpuasa semua...
hari ni dah masuk 11 Ramadhan kita berpuasa..dan baru ada peluang nak update blog ni...hahaha..walaupun mungkin takde orang nak bace!!

Hari ni cikAzy macam malas nak masak...tapi google2 gak resepi untuk buat berbuka nanti.. boleh dikatakan puasa tahun ni cikAzy masak sendiri je walaupun bukannya terror beno bab masak ni..tapi bak kata orang tua..air tangan isteri ni bagus untuk suami..hihihi..jadi nak taknak...encik suami kena lah telan juge...

Ok lah..hari ni cikAzy masak sempoi2 je...yakni AYAM GORENG KUNYIT
lepas puas menggoogle akhirnya cikAzy dapat hasilkan air tangan ni...


isi ayam dipotong kecik dan gaul bersama kunyit,sikit garam dan tepung magik 
bahan-bahan lain hanya ini je..simple



cikAzy goreng dalam pemanggang ni..sangat senang

tutup sekejap..daging ayam akan terasa lembutnya sbb haba panas dari pemanggang ni buatkan daging ayam ni masak sekata

tak perlu goreng garing sangat..nanti jadi liat (kalau pakai kuali biasa)..anggaran dalam 7minit boleh angkat isi ayam ni.


dalam pan yang sama, tumiskan bawang besar & bawang putih sampai layu

masukkan ayam goreng tadi

tambahkan sikit garam dan serbuk pati ayam..kalau nak pedas, boleh tambah serbuk lada hitam

biarkan seketika

inilah hasilnya...yeyyyyyy...isi ayam masak sekata bahkan sangat lembut isinya...
ni lah TEPUNG MAGIK yg cikAzy gunapakai...macam2 boleh guna...sape nak oder boleh la cari cikAzy..hahaha sempat lagi promot!!!
ni lah PEMANGGANG AJAIB yg memudahkan urusan cikAzy time ke dapur...1 family patut ada 1 benda alah ni...kalau nak,boleh order ngan cikAzy..hahaha 

Saturday, July 14, 2012

Hari yang tak menjadi

Pagi-pagi lagi udah bangun..kunun nak sarapan dekat majlis TETAMU KUME tu le...kat mana lagi..Pengkalan Pegoh le...dah sampai tu..orang tak berapa ramai lagi...tengok deme semua tengah standby dengan kompang bagai...gamaknya nak nyambut ketibaan YB Hamidah Osman le gamaknye kot...

terasa cam malas pulak nak nyinggah sebab dalam kepala nak gi makan durian dekat RTC Gopeng..dengar cerita dapat makan durian free...amboi..bila dengar makan durian free..encik asben ape lagi....menonong je dengan sepantas kilat menuju ke RTC Gopeng...

Udah sampai sana..tengok banner tu...start jam 11 pagi - 12 t/hari.... dah tu rupanya kena bayo rm5 sorang..lepas tu makan le puas-puas..tak de hal punya...
dah tu lambat pula rasanya masa berjalan...nak tunggu pulak 2jam kat situ...berako le jawabnya...sudahnya...terus balik nuju ke Batu Gajah mencari roti canai Pak Uda....cisss...terasa cam tak puas hati je tak dapat makan doyan...esok hari Ahad cadang nak gi serbu sekali lagi...kalau sabar sikit..tentu cikAzy tak kempunan macam ni....
durian oh durian...
On The Way ke Batu Gajah tu sempat singgah jap nangkap gambo Kellie's Castle... yang menyimpan banyak misteri...huhuhu..usah biarkan hidup anda di selubungi misteri....!!!! amacam..seram tak??

ikuti pengembaraan seterusnya nanti...adakah hajat dan hasrat cikAzy nak makan doyan sampai terbaring..tercapai atau tidak...ahaksss