cuteblog

MY FRENZ

Wednesday, August 8, 2012

PENUNGGU SETIA

pejam celik...pejam celik...dah masuk 4 tahun cikAzy kawen...sampai sekarang belum muncul lagi berita gumbira untuk dirai...
soalan pun dah macam-macam keluar...kadang sampai naik pekak pun ada...hanya berpegang pada kesabaran ajelah...itupun kadang sekejap je...time duduk sensorang...mula la terfikir dan terbayang...sob..sob...sob...

2tahun lepas (13/02/2010) tu ada jugak menziarah doktor kat PANTAI HOSPITAL, IPOH tu...mana tau kot-kot dia ada simpan khabar gumbira bagi pihak cikAzy ni..doktor nasihatkan untuk buat test sperm untuk encik suami...mana tau kot-kot pihak sebelah sana yang ada masalah...sebab dalam kes-kes cenggini, kebanyakan kata kaum isteri yang selalu ada masalah...

Sebenarnya banyak tempat jugak cikAzy gi, urut sana sini,makan itu ini..tapi sampai sekarang belum jugak berhasil..jadi nak try lah pulak rujuk pada yang pakar dan dengarkan apa kata survey..huhuhuhu...Bila dah rujuk dengan macam2 pakar dari pelbagai klinik ni barulah sekarang ni cikAzy bertindak dengan cara yang ala-ala profesional gitu...(bukan ape...gi banyak tempat ni sebab nak sedapkan hati..kot-kot lain-lain tempat tu boleh bagi jawapan yang boleh menghidupkan balik harapan tipis setipis kulit bawang ni...!! )

Maka bermulalah episod sebuah kehidupan dalam MENCARI PERMATA BERHARGA... kali pertama doktor sarankan encik suami jalani test sperm dan memang berdebar menanti keputusan....

Seminggu lepas tu doktor maklumkan hasil ujikaji didapati ZERO...!!! mean what?? ayyohh...berderau darah cikAzy...tapi kata doktor tu lagi..ini mungkin lab error...mungkin masa sample tu diambil,takde sperma kot yang termasuk..so untuk double kompem...kena buat sekali lagi....dan resultnya adalah....................0........
dengar je keputusan cenggitu, cikAzy pun tanye lah macam-macam soalan yang menghantui fikiran ni...yelah..bayangkan kalau dah takde..macam mana operasi MENCARI PERMATA ni nak berjaya...yedak??

Akhirnya doktor pun merujuk kes ni ke HOSPITAL BESAR IPOH dan cikAzy dan encik suami meneruskan pengembaraan ni dengan pakar Obstetrik & Ginekologi...dan hasil perbincangan dengan doktor kat sana, kami disarankan untuk menjalani ICSI

Memetik 1 artikle kat akhbar :: "Kaedah ini yang dipanggil suntikan sperma secara intracytoplasmic (ICSI) di mana ia lebih sesuai bagi lelaki yang tidak mengeluarkan banyak sperma hidup, melalui kaedah perubatan ini, kebiasaannya sperma suami akan di sedut keluar dari testis menggunakan satu alat atau diambil melalui pembedahan.

Sperma aktif tersebut kemudiannya di masukkan terus ke dalam ovum isteri selepas 'diramkan' selama 24 jam di mana akan membentuk beberapa embrio, bagaimanapun, sperma dan telur yang diambil daripada pasangan yang menerima rawatan itu juga boleh dibekukan terutamanya bagi mereka yang hanya mengeluarkan jumlah sperma yang sedikit.

 Mereka akan memilih sekitar tiga embrio untuk disuntik ke dalam rahim isteri bagi memberikannya lebih peratusan untuk hamil jika dua lagi embrio yang dipilih tidak hidup.

Melalui kaedah tersebut katanya, ia boleh membantu pasangan yang sukar mendapat anak.

cikAzy pun bukan paham sangat istilah-istilah perubatan ni, tapi menurut doktor hanya inilah satu-satunya kaedah yang dapat membantu cikAzy dan encik suami untuk mencapai impian murni ni...yang ni pun berdasarkan keputusan ujian darah yang diambil dari tubuh kecil encik suami ni, makanya ICSI adalah jalan terbaik...

cikAzy difahamkan kos rawatan hampir mencecah RM7k..tapi katanya kalau buat dekat Hopital Alor Setar hanyan sekitar RM4-5K...

cikAzy sangat berdebar menunggu tarikh 02.10.2012 ni sebab ia akan menentukan samada harapan yang tipis ini akan tercapai atau terkubur begitu saja...dan doktor tu sendiri cakap..jika tidak berjaya atau dalam bahasa kasarnya GAGAL..maka cikAzy disarankan mengambil anak angkat....huhuhu...berlinang air mata ni bila dikhabarkan cenggitu...encik suami punya riak wajah pun semacam otromen dikalahkan raksasa...

Tapi walau macam mana pun cikAzy tetap akan terima apa juga yang telah ditakdirkan untuk kami...hanya bertawakal ajelah..semoga Allah memberikan yang terbaik buat kami....

ok..nanti cikAzy akan update hasil operation tersebut ye..

1 comment:

  1. semoga semuanya akan berjalan lancar nantinya...moga ALLAH permudahkan segala urusan..amin

    ReplyDelete