cuteblog

MY FRENZ

Friday, May 31, 2013

LAUK AYAM ~JAWA STYLE~

cikAzy pening lah nk apa nk buat dgn ayam ni...kadang habis idea dh nk masak apa..
huhuhu...kadang kalau mood tu tak berapa nk padu..goreng cenggitu je..
semalam beli rencah MAGGI yang MAGIC tu..saja nak try masak pagi tadi..
maklum le kalu ekspress ni mmg mudah sikit.. masukkan ayam dalam plastik yg dia sediakan..tambah bawang besar yg dipotong bulat..dah terus masukkan dalam periuk bersama nasi yg nk ditanak tu..
mandangkan nasik dh siap masak..lauk tu cikAzy boh dalam periuk kukus je..
tak sempat nk rasa sebb dh lambat nk gi keje...
hari ni JUMAAT, so time rehat lama sikit..boleh le encik suami santap pas balik solat Jumaat..
tapi encik suami kata bau rempah tu masak bau telo pindang tu..xhabis pun dia makan..

beli kat MYDIN RTC GOPENG..kebetulan singgah opis member jap


so masakan kali ni bukan menjadi fav...so tgh ligat cari idea nak masak apa ayam nih..
alih-alih kakakku RAMNAH SALLEH bagi idea suruh masak AYAM UNGKEP..
dengan sepantas kilat terus gugel resepi. Kak Ramnah cakap ni masakan orang Jawa..senang,mudah dan tak jemu...yesssss..tagline tu memang menepati ciri2 style memasak yg cikAzy suka..
Menurut kak Ramnah, tak payah tumis pun takpe...terus masuk sekali dalam periuk..kurang kolestrol katanya..huhu..bagus jugak tu...apa salahnya ubah sikit cara masak..ye dak..
so kat sini cikAzy kongsikan resepi yang dicedok dari mamawandiha

AYAM UNGKEP
Bahan2 nya
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula n garam utk perasa
sedikit minyak masak


Bahan2 ditumbuk lumat
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah kecik
(jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau. Masukkan ayam & gaulkan. Tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa. Gaul sebati.
2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak. Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang. Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat. Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain.

Ni la hasil air tangan cikAzy masak AYAM UNGKEP ..kuah tak kering pun sebabnya ada masalah teknikal sikit..hehehe..terrrrmasam sikit sbb terlebih asam...tu yang tambah air tu...huhuhu


kali ni encik suami angkat ibu jari tanda suke..hohoho..misi berjaya!!!

Tuesday, May 28, 2013

KERUTUP CENCARU ALA-ALA

Salam...
adeh..rasanya dah lama blog cikAzy ni bersawang..tak teringat nak lalu menyinggah kat sini..
huhu..hari ni ada try 1 resepi pasal ikan jaket a.k.a cencaru. Sebenarnya nak try masak yang sempoi2 je..sebab mood tu tak berapa nak PADU bak kata Loque Versus. Round punya round jumpe la resepi Kerutup Ikan Ala Johor yang gunakan ikan cencaru dalam blog Mama Leen ni. Resepi pun simple je.

Ada lagi baki ikan cencaru semalam...dah selamat buat masak taucu...kali ni nak try kerutup pulak.
Kata cikLeen tu masakan kerutup ikan ni menjadi makanan pebret Tan Sri P.Ramlee. Macam lipas kudung cikAzy ngejekan lauk ni sementara nunggu encik suami balik keje..OT katanya.

Resepi cikAzy ikut macam Mama Leen punya yang diambil jugak dari blog Masam Manis. Mandangkan ada bahan yang tak cukup macam santan tu..makanya tak boleh le sebut masakan ni KERUTUP IKAN...tapi ala-ala je lah.. walaupun bahan tak cukup tapi misi mesti diteruskan..dan bila dah siap..ternyata memang sedapppp...huhu...sape nak try boleh la ye test skill masak.

KERUTUP IKAN ALA JOHOR

3 ekor ikan cencaru ~ ikan kembung, ikan parang, selar atau kerisi
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 inc halia ~ dikisar
1/2 inc kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inc lengkuas ~ dikisar
1 inc belacan ~ dikisar
2 batang serai ~ 1 kisar dan 1 batang lagi dititik
1/2 biji santan kelapa
2 sudu besar air asam jawa
1 kiub ikan bilis jika suka
Garam dan gula secukup rasa


Ikan dibersihkan
Gaul ikan dengan kunyit dan garam
Kemudian goreng hingga garing
Setelah garing angkat dan ketepikan
Minyak untuk mengorengkan ikan di keluarkan dari kuali dan tinggalkan sedikit anggaran 1 senduk untuk menumis.


Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum.
Masukkan serai yang telah dititik
Kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga ia garing dan pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
Jika kuah agak kering tambahkan sedikit air.
Tambahkan santan dan masak hingga merenih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Jika suka boleh tambahkan kiub ikan.
Bila kuah dan mesra barulah masukkan ikan
Masak lagi hingga kuah meresap ke dalam ikan.
Sedia dihidangkan.

ni la rupa paras kerutup ala-ala..yang nampaknya agak kontang sebab tak dibanjiri dengan santan..tapi siyus cakap..memang daaappp