cuteblog

MY FRENZ

Saturday, April 21, 2012

RINDU MAK : IKAN KARING PENGUBATNYA

ni gambar 3tahun dulu...
Dah sebulan tak balik kg jenguk orang tua tu, rindu bangat!!!... Mak pun tentu sunyi sebab anak2 dah dok jauh..tapi mak jangan le risau..anakmu ini sentiasa mengingati dirimu...miss u mak...Walaupun mak jarang tunjuk rasa sedih, tapi sebagai perempuan CikAzy tetap dapat rasakannya...apatah lagi bila ayah dah tinggalkan mak selamanya..mak tetap tabah lalui semua tu tanpa orang yg sangat dia cintai...salute kat mak...semoga ALLAH sentiasa lindungi mak dari mudarat yang ada kat langit jugak kat bumi.

NI GAMBAR LAST ARWAH AYAH...TIME MAJLIS NIKAH ADIK, 25HARI SEBELUM PEMERGIANNYA..
Jadi bagi mengubat kerinduan pada mak, hari ni CikAzy goreng ikan kering sepat yang dulu memang jadi febret CikAzy. Dah duduk tengah2 pekan Ipoh ni memang susah nak cari ikan karing ni...balik kg sure ambik sikit bawa balik sini.. huhuhu..dulu kemain lagi dok gagau ikan ni dalam parit time musim padi masak..seronok kalau nak kenang kisah bebudak dulu.hmmm..bebudak zaman sekarang ni mungkin dah tak dapat nikmati indahnya detik tu...silap haribulan kena piapp dengan rotan main air dalam parit.

Ni menu tengahari tadi, sesekali bertukar selera..asiikkkk bangat..!!! hahaha...ikan karing (bahasa banjar) sepat yg digoreng dengan daun kari & cili kering...macam makan kopok adanya..

Ni dah malas sangat, sayur kimchan a.k.a kudup bunga lili ni buat tumis je...manis rasa sayur ni....
Beli kat Tesco Station 18 hari tu...memula ingatkan anak kacang bendi..pastu tanya kat kaunter tu apakah bendanya ini??? hehehehehe...sekarang baru tau.
Pastu goreng terung ungu tu dalam pemanggang ajaib...salut sikit dengan Tepung Magik..wahhhh.yang bestnya pasal PEMANGGANG ni sebab non stick,selain boleh memanggang,menggoreng,menggulai pun boleh...hehehe..magik sesaje...huhu...tepung magik ni buat goreng apapun sodap!!..1 produk pelbagai guna. kalau nak goreng ayam,ikan,udang,tempe,cendawan,roti....ish macam2 lagi la..memang sedap....sape yang dah cuba TEPUNG MAGIK ni dia tau la cemana rasanya...hihihi

Friday, April 20, 2012

ROTI TERBAKAR TELUR GOYANG VS MAYOCHEESE


Semalam gara-gara roti bakar cik Jas, CikAzy pun asyik terkenang-kenang je akan roti bakar dia...balik dari opis terus singgah kedai nak beli roti Gardenia..tak nyempat-nyempat, terus buat...
hehehee....
satu buat dengan telur goyang (separuh masak)
 satu lagi dengan mix mayonis & cheese powder .


 Rasa memang mantap lah walaupun CikAzy ni tak berapa terrer memasak..hahahaha...nk habis sebungkus roti gara-gara penangan cheese sauce yg mabeles tu!!!

Peh tu terjumpa lak cara nak merebus telur ni dari My Resepi... CikAzy pakai kaedah yang ke-2 tu...


TIPS MEREBUS TELUR

  1. Masukkan telur ke dalam periuk. Kemudian masukkan air. Tutupkan periuk. Jumlah air biarlah telur hampir-hampir tenggelam keseluruhannya. Masak sehingga air mendidih dan padamkan api dengan segera. 
  2.  
  3. Separuh masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 5 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. 
  4.  
  5. 3/4 masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk.
  6. Masak penuh(keras). Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 15 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk. ( Kalau tak nak rendam pun dah tak kisah)

Wednesday, April 18, 2012

DOA DAN HARAPAN

kadang CikAzy terfikir..mungkin belum masa..
susah juga nak menerima hakikat, tapi berserah sajalah..
lebih 3 tahun menanti penuh sabar..semoga dibukakan jalan dan dipermudahkan..
kali ini secara istiqamah untuk melakukannya..semoga dapat membantu.

percubaan pertama dengan botol pertama, belum membuahkan hasil. Kali ini beli terus 2 botol dan cuba sedaya upaya untuk mengamalkannya..semoga berhasil
QASEH KEKANDA & QASEH ADINDA






ada apa dengan JUS QASEH ini???

Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Za’faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. Qaseh Adinda dirumus khas untuk golongan wanita diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani

• Kegunaan
Gabungan intipati Qaseh melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada system dan fungsi tubuh itu sendiri dari Darah, Saraf, Otak, Jantung dan Paru-paru, Usus, Buah Pinggang, Kulit, Rambut, Mata, Telinga, Hidung, dan Rongga Pernafasan, Rahim, Tulang & Sendi, Ibu Hamil, Organ Dalaman Lelaki.

• Kebaikan
Pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan fungsi tubuh badan dari segi fizikal dan emosi serta membekalkan badan dengan nutrient dan zat penting. Amalan pengilangan yang menitikberatkan kesucian fizikal dan spiritual.


Ada terbaca testimoni sepasang suami isteri ini yg dah lama berkahwin tetapi belum ada rezeki untuk memiliki anak. Alhamdulillah lepas amalkan 2botol seorang, Allah mengizinkan mereka memiliki buah cinta yang sangat mereka tunggu selama ini...dan CikAzy juga berharap yang sama..insyaAllah.